yes, i miss that.
Thursday, October 6, 2011,
da lame hati terpaut to this writer. for some reason, i like the ways she puts her string of words in a line. after reading her book, i started reading her blog. n guess what i found? this poem, touched my heart so deep. i believe, i must share it with my readers. the title of her post is, LELAKI YANG DIRINDUI. here,
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul
written by,
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih
sayu hati kan? slalu org bila tgk, nmpk je how depleted akhlak muslimah skrg. x tutup auratlah, liar lah. mcm2. but brape ramai yg sedar, how the numbers of muslimin pown berkurang.
i pray hard, smoga the guys in my life, my dad, my lil bro, n infact, pemilik hati selepas Allah dan Rasul adalah one of those lelaki yg dirindui. lelaki yg bukan mncari sanjungan manusia, tetapi sanjungan penghuni langit. insyaAllah.
new past